Perang dagang AS-China boleh bawa kerugian sebesar ekon Swiss

WASHINGTON: Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang baru memberi amaran kelmarin bahawa perang dagang antara Amerika Syarikat dengan China boleh menyebabkan kerugian sekitar AS$700 bilion ($967.82 bilion) kepada ekonomi dunia menjelang 2020 - atau sebesar ekonomi Switzerland.

Dalam ucapan pertamanya sebagai pengarah urusan, Cik Kristalina Georgieva berkata ekonomi global telah beralih daripada peningkatan selaras dua tahun lalu kepada kelembapan selaras, sebahagiannya disebabkan perang dagang Presiden Amerika, Encik Donald Trump.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan