Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Peraturan baru boleh jejas kedudukan Nazir sebagai pengerusi CIMB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Peraturan baru boleh jejas kedudukan Nazir sebagai pengerusi CIMB

Aug 11, 2016 | 09:26 AM



KUALA LUMPUR: Bank pusat Malaysia telah mengenakan garis panduan baru bagi institusi kewangan, yang akan menguji kedudukan banker terkemuka, Datuk Seri Nazir Razak, sebagai pengerusi bank kedua terbesar di negara ini, CIMB Group.



Di bawah peraturan Bank Negara yang dikeluarkan awal bulan ini, ketua pegawai eksekutif (CEO) institusi kewangan dilarang mengambil alih sebagai pengerusi lembaga pengarah.



Garis panduan itu juga menetapkan institusi kewangan mesti mempunyai majoriti pengarah bebas dalam lembaga pengarah masing-masing.



Walaupun peraturan tersebut tidak akan digunakan secara retroaktif, ahli perbankan berkata ia boleh mempunyai implikasi bagi Datuk Seri Nazir apabila kedudukannya sebagai anggota lembaga pengarah dijadualkan bagi diperbaharui oleh jawatankuasa pencalonan bank itu.



Datuk Seri Nazir, adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkhidmat sebagai CEO CIMB antara 1999 dan 2014, sebelum menjadi pengerusi kumpulan.



Menurut pengawal selia Bank Negara, garis panduan itu jelas bertujuan menandakan pemisahan kuasa antara lembaga dan pihak pengurusan.



Seorang pegawai bank pusat kanan, yang bercakap dengan syarat tidak namanya disiarkan, berkata Bank Negara mahu mengelakkan situasi di mana "pengerusi boleh berada dalam kedudukan menyelia dasar-dasar yang telah dilaksana semasa beliau menjadi CEO".



Peraturan baru ini telah memaksa pentadbiran Datuk Seri Najib menyemak sekurang-kurangnya satu pelantikan tingkat tinggi di sebuah entiti perniagaan berkaitan kerajaan.



Pembantu kanan kepada Datuk Seri Najib berkata beliau pada mulanya merancang melantik Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi perancangan ekonomi, sebagai pengerusi Maybank apabila beliau meletak jawatan daripada Kabinet pada Jun.



Tetapi Datuk Seri Wahid menjadi presiden dan CEO Maybank, bank terbesar di Malaysia, antara 2008 dan 2013.



Beliau kini telah dilantik sebagai pengerusi agensi tabung amanah kerajaan, Permodalan Nasional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >