Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Percaya keihsanan bawa rezeki, keberkatan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Percaya keihsanan bawa rezeki, keberkatan

Apr 08, 2019 | 05:30 AM



Pencapaian usahawan wanita diiktiraf baru-baru ini semasa acara Influence-Her anjuran cabang wanita Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (Dewi@DPPMS). Sebanyak enam anugerah, termasuk Usahawan Wanita Paling Berpengaruh dan Usahawan Wanita Bersikap Ihsan, telah disampaikan. Acara yang diadakan di Joyden Hall itu dihadiri 350 orang yang turut menikmati sesi perkongsian dengan beberapa usahawan wanita termasuk pengasas Naelofar Hijab, selebriti seberang Tambak, Neelofa. SITI AISYAH NORDIN (naisyah@sph.com.sg) menemu ramah tiga usahawan wanita yang telah diberi pengiktirafan itu.



KISAH hidup seorang usahawan tentu ada pasang surutnya.



Bagi pemilik Saffrons Restaurants Pte Ltd, Cik Beevi Ayoob, ini penting terutama sekali bahagian 'surutnya', dalam membina daya tahan peniaga dan juga perniagaan tersebut.



Pengalaman pahit hidup dengan hutang keliling pinggang beberapa tahun lalu turut dihargai sebagai memainkan peranan penting membentuk kecekalan, keupayaan agar bersabar, serta menambah keihsanan dalam dirinya.



Perniagaan Cik Beevi, yang diusahakannya selama 25 tahun, terjejas oleh wabak Sindrom Sesak Nafas Mendadak (Sars) yang menular sekitar 2003 yang membuat ramai takut keluar rumah.



Akibatnya, perniagaan Cik Beevi terjejas dan bagi membantu melunaskan hutangnya, beliau terpaksa menjual rumah lima biliknya dan menyewa rumah untuk beliau dan keluarga.



Walau dilanda pelbagai masalah sepanjang perjalanannya sebagai usahawan, Cik Beevi, 61 tahun, berpegang kepada kepercayannya bahawa sikap ihsan dan bantuan yang dihulurkan kepada mereka yang lebih memerlukan penting dalam membawa rezeki serta keberkatan dalam perniagaan.



Lantas, beliau memutuskan menggunakan perniagannya itu sebagai wadah membantu mereka yang dalam kesusahan melalui pengagihan makanan dan juga derma.



Antara langkah yang diambil termasuk menghantar bantuan kepada keluarga yang menjadi mangsa ribut taufan di India melalui bantuan makanan dan keperluan, baru-baru ini.



Semangat membantu yang ada pada diri Cik Beevi mencetus inspirasi dan menjadi contoh dalam kalangan masyarakat peniaga dan baru-baru ini beliau telah menerima anugerah Usahawan Wanita Bersifat Ihsan, atau Most Compassionate Womenpreneur, semasa acara Influence-Her anjuran cabang wanita Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (Dewi@DPPMS).



Acara anjuran RoseValley itu bertujuan meraikan pencapaian usahawan dan peniaga wanita serta menampilkan perkongsian daripada usahawan wanita yang berjaya termasuk usahawan selebriti seberang Tambak, Neelofa.



Seramai 350 orang menghadiri acara tersebut termasuk Presiden Halimah Yacob yang hadir selaku tamu terhormat acara tersebut.



Anugerah yang diterima Cik Beevi pula bertujuan mengiktiraf usahawan wanita yang menggunakan perniagaannya sebagai wadah menyumbang kepada masyarakat, terutama sekali mereka yang kurang bernasib baik.



Ia juga bertujuan menekankan bagaimana setiap perniagaan bertanggungjawab menyumbang kembali kepada masyarakat setelah mencapai kejayaan.



"Saya percaya dengan menunjukkan sikap ihsan dan membantu mereka yang memerlukan, lebih banyak keberkatan dalam berniaga itu.



"Selain bantu orang di luar, saya juga pastikan setiap pekerja saya tahu bahawa jika mereka ingin beritahu masalah mereka, saya sedia mendengar dan kalau boleh saya bantu," ujarnya, yang kini memiliki restoran yang menjana penjualan lebih $4 juta setahun itu.



Tambahnya: "Bagi mereka yang nak berniaga, saya nasihatkan agar terus bersabar dan jika anda minat dalam sesuatu itu, teruskanlah. Tapi wujudkan dana simpanan, itu sangat penting!"




PEMENANG ANUGERAH



Usahawan Wanita paling Berpengaruh (Most Influential Womanpreneur)



1. Liyana Musfirah, Liyana Musfirah Network



Dewipreneur



1. Nur Suliani, Kowabunga Education



2. Norhuda Rabani, Asyura Paste



Usahawan Wanita Bersikap Ihsan (Most Compassionate Womanpreneur)



1. Beevi Ayoob, Saffrons Restaurant



Usahawan Wanita Paling Berpotensi (Most Promising Womanpreneur)



1. Farzana Begum Yusoff, Priboy Shipping Supplies Pte Ltd



Usahawan Wanita Paling Popular (Most Popular Womanpreneur)



1. Diyana Halik, Diyana Halik



Usahawan Wanita Berpangkalan di Rumah (Home-based Womanpreneur)



1. Nur Ahdiah Salleh, Chicmamae



2. Syazanawati Abdul Malik, Digital Onload



3. Mayia Ali Sapari, Mamanyaii



4. Efsun Ibrahim, Sheiqha



5. Siti Jamilah Abdat, Simply Zayn



6. Umi Kalshom, Umi's Sweet Treats



7. Hairina Abu Bakar, Vainpout



8. Latifah Ramadi, Velvet Saffron



9. Zaibun Nisha, Zai's Oven



10.Nurseriwaty Rahim, Violet Frost




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >