Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Perkilangan cemerlang pada Q4 namun cabaran berterusan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Perkilangan cemerlang pada Q4 namun cabaran berterusan

Jan 04, 2017 | 08:45 AM



PRESTASI cemerlang sektor perkilangan pada suku keempat tahun lalu (2016) memberangsangkan permulaan tahun baru 2017.



Sektor itu, yang membentuk satu perlima ekonomi Singapura, pulih tetapi secara perlahan dan beransur-ansur pada separuh kedua tahun lalu.



Bagaimanapun, menurut anggaran awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan yang dikeluarkan pada Selasa (2 Jan), pemulihan itu tiba-tiba laju pada suku keempat, melonjak 6.5 peratus daripada tempoh sama pada 2015.



Pada masa sama, Indeks Pengurus Pembelian Singapura - penunjuk kegiatan perkilangan - menunjukkan kegiatan perkilangan meningkat bagi empat bulan berturut-turut pada Disember, selepas lebih setahun menguncup.



Namun, tiada siapa kelihatan terlalu kegembiraan dengan perkembangan memberangsangkan itu.



Malah, kata sepakat dalam kalangan penganalisis nampaknya ialah jangan selalu mengharapkan kejutan gembira itu.



Ahli ekonomi Credit Suisse, Encik Michael Wan, berkata lonjakan besar dalam perkilangan pada suku keempat sebahagian besarnya datang daripada kelompok elektronik dan bioperubatan yang terkenal tidak menentu.



"Sebahagian daripada rangsangan dalam elektronik mencerminkan kenaikan pengeluaran kemudahan baru di sini (firma semikonduktor Amerika Syarikat) Micron Technology tahun lepas, yang kebanyakannya sudah selesai, jadi kita kemungkinan besar tidak akan melihat peningkatan sama tahun ini," katanya, dalam satu laporan akhbar The Straits Times pada Rabu (3 Jan).



Satu kebimbangan lebih besar ialah tidak diketahui kesan pelantikan Encik Donald Trump di Amerika ke atas ekonomi dan, lebih khusus, perkilangan.



Encik Wan berkata bakal presiden itu telah membuat beberapa pelantikan politik yang menandakan beliau sedang berusaha membawa lebih banyak kegiatan perkilangan kembali ke negaranya, yang boleh mempunyai kesan tidak langsung terhadap Singapura.



Jika dasar Encik Trump membawa kepada pengunduran pekilang besar Amerika dari rantau ini, ini akan memberi kesan kepada kegiatan perkilangan di sini dan bahkan melemahkan sektor perkhidmatan perniagaan dan profesional.



Dan walaupun ia beransur-ansur pulih, pemulihan perkilangan boleh dibayangi oleh kelemahan dalam sektor perkhidmatan, yang membentuk dua pertiga ekonomi.



Walaupun sektor perkhidmatan berkembang 0.6 peratus pada suku keempat tahun lalu, pertumbuhan global perlahan dan sentimen kurang baik mungkin menjejas bidang seperti perdagangan borong, kewangan dan insurans, dan perkhidmatan perniagaan dan profesional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >