Perluas niaga melalui gabungan kepakaran syarikat
Syarikat makanan dan minuman (F&B) menghadapi persaingan sengit dalam sekitaran perniagaan yang sukar. Namun, terdapat beberapa restoran yang masih dapat meluaskan perniagaan mereka dalam tempoh yang mencabar ini. NORHAIZA HASHIM (norhaiza@sph.com.sg) meninjau.
May 13, 2016 | 05:30 AM
PELUASAN perniagaan dapat dilaksanakan dalam kelembapan ekonomi melalui gabungan kepakaran syarikat.
Itulah yang dilakukan oleh pemilik Restoran Mamanda dan Fig & Olive, Encik Zulkarnine Hafiz, yang bergabung tenaga dengan sekumpulan pelabur bagi membuka dua Kedai Kopi Pak Dollah dan Beta Bakerie.