Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Permintaan bagi perlindungan insuran perjalanan dijangka meningkat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Permintaan bagi perlindungan insuran perjalanan dijangka meningkat

Pemasan global, penularan penyakit dan keadaan sosio-politik yang tidak menentu bagi tempoh 12 bulan mendatang, antara punca
Mar 28, 2017 | 09:52 AM



SYARIKAT insuran, AIG Asia Pacific Insurance Pte. Ltd. (AIG Singapore), meramalkan peningkatan dalam pembelian insuran perjalanan di sini melihat kepada beberapa kejadian yang memberi kesan mendalam kepada pelancong tempatan seperti perubahan cuaca yang melampau, penularan penyakit dan keadaan sosio-politik yang tidak menentu bagi tempoh 12 bulan mendatang.



Menurut AIG Singapore, perangkaan daripada tuntutan yang difailkan menunjukkan kesemua insiden yang memberi kesan mendalam ini terjadi lebih kerap berbanding tiga tahun lalu.



Malah, ia menyaksikan kenaikan sebanyak 85 peratus tuntutan berbanding tiga tahun lalu atas sebab-sebab yang dinyatakan - dengan bencana alam membentuk tuntutan yang lebih mahal dengan purata tuntutan mencecah $2,610.



Disebabkan itu, AIG Singapore meramalkan bahawa trend ini akan berterusan sepanjang 2017 - menyebabkan peningkatan 10 peratus bagi permintaan untuk produk pelancongan premium yang menawarkan nilai lebih tinggi bagi perlindungan insuran percutian.



Naib Presiden bagi Kumpulan Insuran Peribadi AIG Singapore, Encik Ignatius Chng, berkata: "Sedang rakyat Singapura terus ghairah dan lebih kerap melancong, pergerakan mereka ke serata dunia dan meningkatnya kesedaran tentang insuran pelancongan akan menyaksikan mereka mengambil tindakan proaktif dengan melindungi diri mereka dari kejadian yang tidak diduga.



"Bencana alam kian meningkat akibat daripada pemanasan global sendang kita terus menyaksikan lebih banyak penularan penyakit seperti virus Zika pada 2016. Kedua-duanya punya kesan buruk terhadap pelancongan - dari jadual penerbangan yang tertunda dan kos rawatan perubatan yang tinggi sehinggalah kepada pelancong mendapati diri mereka terkandas ratusan kilometer dari rumah."



Syarikat perlindungan insuran itu juga menyatakan bahawa ketidaktentuan sosio-politik kian menjadi risiko dengan AIG Singapore mendapati tuntutan yang difailkan bagi insuran perjalanan telah meningkat lebih seganda sejak tiga tahun lalu, di mana pelancong tempatan mengalami gangguan sewaktu melancong - disebabkan ketidaktentuan politik, kudeta, pemeriksaan lebih ketat di sempadan dan serangan pengganas.



Kata Encik Chng, "Penggembara Singapura kini menghendaki perlindungan yang lebih baik dan menginginkan insuran perlindungan yang memenuhi keperluan mereka, terutamanya sejak sekitaran keselamatan global menjadi lebih tidak menentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kejadian yang memberi kesan mendalam menjadi lebih kerap."



Disebabkan kejadian yang meninggalkan kesan mendalam ini katanya, syarikat perlindungan insuran perlu menawarkan kemudahan tuntutan yang lancar untuk pelanggan mereka yang berada di serata dunia.



Memberikan contoh, Encik Chng menceritakan tentang kudeta yang berlaku di Burkina Faso di Afrika pada 2015 di mana AIG menyelaraskan pakar keselamatan untuk memantau pelanggan dan pergerakan mereka..



"Mereka bekerja dengan kumpulan-kumpulan di lapangan bagi menyediakan aturan pilihan untuk pemegang polisi dalam menghadapi pembatalan penerbangan pesawat, sekatan jalan raya dan keganasan yang meletus, sehingga berjaya membawa pulang 36 individu ke tanahair dengan selamat," ujarnya.



Bagi memenuhi tuntutan yang semakin meningkat bagi proses tuntutan dan menangani risiko dengan lebih lancar, AIG Singapore mengharapkan syarikat penyedia khidmat perlindungan insuran untuk merubah tawaran mereka dengan turut memanfaatkan keupayaan digital mereka.



"Kami telah melihat adanya peningkatan di mana pelanggan melakukan pembelian secara langsung menerusi kemudahan digital, tetapi teknologi tidak terhenti di peringkat pembahagian. Langkah seterusnya adalah untuk mereka mendakapi gangguan (disebabkan peningkatan dan kecanggihan teknologi) dan menyalurkan lebih banyak tawaran ke arah digital," kata Encik Chng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >