Permintaan bagi sektor binaan dijangka kekal kukuh
Keseluruhan nilai kontrak dianggarkan antara $28 bilion dengan $33 bilion tahun ini
PERMINTAAN keseluruhan dalam sektor binaan djangka kekal kukuh pada 2020 dengan keseluruhan nilai kontrak dianggarkan berkisar antara $28 bilion dengan $33 bilion tahun ini.
Permintaan itu didorong pembinaan prasarana utama dalam sektor awam, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, semalam.