Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Permintaan dalam talian bagi cuti ke Britain melonjak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

EKONIAGA: BRITAIN KELUAR DARI EU (BREXIT)

Permintaan dalam talian bagi cuti ke Britain melonjak

Jul 02, 2016 | 05:30 AM



PERMINTAAN dalam talian bagi percutian ke Britain menjulang selepas mata wang paun menjunam menyusuli langkah rakyat Britain mengundi keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).



Para pelancong dari Eropah mencari pakej pelancongan yang menawarkan harga terbaik setelah paun merosot berbanding Euro dan dolar Amerika Syarikat.



Pencarian dalam laman Internet bagi penerbangan dari Perancis ke Britain menjulang 130 peratus sehari selepas pungutan suara yang berlangsung pada 23 Jun lalu, menurut perangkaan laman tempahan percutian Kayak yang menguruskan sekitar 1.5 bilion pencarian pelancongan setiap tahun.



Kayak berkata ia menikmati pertambahan pencarian bagi penerbangan ke Britain dari Eropah pada 24 Jun dan 25 Jun, dengan kenaikan sebanyak 86 peratus diperolehi dari Jerman, 102 peratus dari Sepanyol dan 114 peratus dari Finland.



Laman pesaing berpusat di Paris, liligo.com, yang menarik empat juta pelawat dalam talian setiap bulan, menyatakan bahawa minat pencarian bagi penerbangan dari Paris ke London meningkat 34 peratus dari 23 hingga 26 Jun lalu.



"Ia masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada trend yang dilihat serta penurunan nilai mata wang Britain itu akan dapat mengekalkan minat pelancong Eropah untuk ke Britain dalam beberapa minggu mendatang,'' kata kenyataan liligo.com.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >