Permohonan sertai Panel Rakyat imbangi kerja, keluarga dibuka
50 orang dari pelbagai latar belakang akan dipilih; bincang dan kemuka saranan 4 sesi Sabtu sepanjang hari
Jul 16, 2019 | 05:30 AM
WARGA Singapura yang mahu bersama-sama mencari jalan bagi mengimbangi tuntutan kerjaya dan keluarga kini boleh berbuat demikian dengan menyertai Panel Rakyat pada akhir bulan ini.
Sekitar 50 orang daripada pelbagai latar belakang akan dipilih, termasuk majikan dan pekerja dari tugas dan sektor berbeza, kata Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD), dalam satu kenyataan semalam.