Subuh
5:42
Syuruk
7:05
Zuhur
1:12
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31
Ekoniaga

Permudah SME tembusi pendigitalan

Sep 30, 2018 | 05:30 AM

MEROMBAK perniagaan ke arah pendigitalan semakin penting dalam sekitaran perniagaan hari ini.

Syarikat kecil dan sederhana (SME) juga tidak terkecuali dari mengikuti perubahan ini.

Bagi membantu SME, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah memperkenalkan sebuah Program SME Go Digital bagi memudahkan peniaga menembusi ekonomi digital.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sertai sebuah seminar SME yang dianjurkan buat julung-julung kali oleh akhbar Berita Harian (BH) pada 12 Oktober ini.

Disokong Majlis Ekonomi Masa Depan (FEC), seminar Dakap Teknologi - Seminar Ekonomi Baru akan juga menyertakan Dialog Bersama Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing.

Para peniaga yang hadir dalam seminar itu boleh berinteraksi dan mengajukan soalan kepada Encik Chan dalam sesi dialog itu.

Menurut IMDA, lebih 1,000 SME telah memanfaatkan Program SME Go Digital itu yang membantu mereka menikmati peningkatan pendapatan, meraih penjimatan kos dan peningkatan daya penghasilan.

"Kami akan mengongsi bagaimana Program SME Go Digital yang mudah dilaksanakan SME. Mereka dapat membangunkan keupayaan digital demi mengaup peluang pertumbuhan yang wujud dalam ekonomi digital,'' kata IMDA.

Pengurus Program SME Go Digital, Encik Lee Lik Sun, akan menyampaikan ceramah dalam seminar itu.

Pemilik I Am Cafe, Encik Jamuri Busori, pula yang memanfaatkan program itu bagi melaksanakan huraian digital Getz, akan mengongsi faedah yang diraih setelah melaksanakannya.

"Seperti banyak restoran dan kafe lain, saya menghadapi masalah pekerja yang berhenti dan sukar diganti. Apabila ramai pelanggan yang datang ke restoran, khidmat terjejas kerana pekerja tidak ramai. Pekerja terpaksa ambil tempahan daripada pelanggan dan kemudian memberitahu orang dapur mengenai tempahan itu. Kadangkala, pekerja ambil tempahan yang salah menyebabkan pelanggan marah.

"Masalah-masalah ini dapat dihuraikan setelah saya melaksanakan huraian digital. Jika hendak tahu apa yang saya lakukan, sertaikan seminar itu,'' kata pemilik tiga I Am Cafe di Haji Lane, HometeamNS di Our Tampines Hub (OTH) dan HometeamNS di Bukit Batok West Avenue 7.

Setelah melaksanakan huraian digital, Encik Jamuri, 46 tahun, tidak lagi tertekan jika pekerja tidak cukup bagi menguruskan operasi.

"Pekerja mempunyai lebih banyak masa berinteraksi dengan pelanggan dan tidak lagi sibuk membuat tugas-tugas seperti mengambil tempahan dan menguruskan bayaran pelanggan,'' tambahnya.

Mencakupi pangkalan maklumat pelanggan, huraian digital itu membolehkan kafe itu membuat analitik data bagi mengetahui penjualan makanan yang laris atau makanan yang selalu ditempah pelanggan.

Seminar akan diadakan dari 2.30 hingga 6.30 petang atau daftar sekarang di https://goo.gl/forms/l2WXSAtlxr0Kc50c2 atau e-mel: bhevents@sph.com.sg untuk pertanyaan lanjut.

"Kami akan mengongsi bagaimana Program SME Go Digital yang mudah dilaksanakan SME. Mereka dapat membangunkan keupayaan digital demi mengaup peluang pertumbuhan yang wujud dalam ekonomi digital.''
- Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian