Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Ekoniaga

Persatuan Pelaut, MPA ganding bantu pelaut S'pura harungi badai Covid-19

May 22, 2020 | 10:20 AM

LEBIH ramai pelaut Singapura tanpa pekerjaan di atas kapal akan layak mendapat bantuan tambahan di bawah Pakej Bersama MaritimeSG yang diumumkan oleh Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) pada 29 April lalu.

Persatuan Pelaut Singapura (SOS) adalah kesatuan pelaut terbaharu yang bekerjasama dengan MPA untuk menyediakan Pakej Bantuan Pelaut (SRP) bagi membantu anggota warga Singapura yang pekerjaan kapal mereka terjejas oleh langkah-langkah kawalan sempadan dan sekatan perubahan kru.

Dalam kenyataan bersama antara MPA dan SOS semalam, dinyatakan bahawa SRP memberikan sokongan $800 sebulan kepada pelaut Singapura yang layak dan tidak dapat pekerjaan di kapal antara 1 Mei lalu hingga 31 Julai ini.

Presiden SOS, Encik Kam Soon Huat berkata: 

“Pelaut berada dalam posisi yang rentan dalam pandemik Covid-19 ini. Mata pencarian mereka terjejas teruk oleh langkah-langkah kawalan sempadan dan sekatan perubahan kru. 
"Sebagai kesatuan yang mewakili pelaut, kita memahami kesusahan yang mereka hadapi. Kami bekerjasama dengan MPA untuk menawarkan bantuan kewangan, dalam bentuk pakej bantuan ini kepada para pelaut Singapura agar mereka dan keluarga dapat meneruskan kehidupan. "

Ketua Eksekutif MPA, Cik Quah Ley Hoon, berkata: "MPA telah bekerja rapat dengan industri kelautan dan kesatuan  pekerja bagi mengiktiraf sumbangan para pelaut kita yang telah berusaha untuk memastikan rantaian bekalan bergerak lancar di tengah-tengah wabak ini. 

"Kami mengalu-alukan kesediaan SOS untuk menolong pelaut Singapura yang tidak mempunyai pekerjaan di kapal melalui SRP. "
 
SRP adalah sebahagian daripada Pakej MaritimeSG Bersama MPA untuk memberikan sokongan kewangan lebih lanjut kepada industri kelautan berikutan wabak COVID-19 sedunia.

SOS dalam pada itu telah menyampaikan 650 pek penjagaan yang mengandungi pelitup, pembersih tangan, pencuci tangan anti-bakteria, dan tisu tangan anti-bakteria kepada anggotanya yang berada di Singapura.