Pertikaian boleh hambat kerjasama ekon serantau
ESM Goh tekankan pertumbuhan Asia bergantung pada kerjasama harmoni, terbuka dan inklusif
Jun 08, 2016 | 05:30 AM
KEMAKMURAN dan pertumbuhan Asia yang berterusan akan bergantung pada kerjasama yang harmoni, terbuka dan inklusif di rantau ini.
Isu seperti pertikaian kawasan dalam rantau ini boleh menghambat kerjasama ekonomi serantau, kata Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong semasa berucap dalam Forum Asia Pelaburan Nomura di hotel Ritz Carlton, semalam.