Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pertikaian keluarga pengasas Mustafa Centre jadi perhatian

Jul 11, 2018 | 05:30 AM



Baru-baru ini, pengasas Mustafa Centre, Encik Mustaq Ahmad, disaman ibu tiri dan adik-beradik tirinya, yang mahu mendapatkan rekod urusan syarikat Mohamed Mustafa & Samsuddin (MMS). Antara isu utama pertikaian keluarga itu ialah pengagihan saham. Pihak plaintif mahu pengagihan saham dibatal kerana mendakwa ia mengurangkan kepentingan mereka sebagai benefisiari estet bapa mereka, Allahyarham Mustafa Majid Khan, yang meninggal dunia pada 17 Julai 2001. Berikut perkembangan terkini pertikaian tersebut.



PENGASAS Mustafa Centre, Encik Mustaq Ahmad, gagal dalam percubaan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan tuntutan yang dibuat ibu tirinya ke atas beliau dan lima yang lain.



 Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi, Encik Scott Tan, memutuskan bahawa terdapat isu baru dan 'rumit' yang perlu diselesaikan, dan ia tidak "mudah dan jelas" - kriteria bagi membatalkan tuntutan mahkamah.



Ini bermakna kes itu akan diteruskan ke peringkat perbicaraan penuh, melainkan jika keputusan penolong pendaftar ditukar menyusuli rayuan, lapor, The Straits Times.



Encik Mustaq dan lima yang lain didakwa atas tuduhan menindas di bawah Akta Syarikat oleh adik-beradik tiri dan ibu mereka.



Defendan lain adalah isterinya, dua orang anak dan abang iparnya, semuanya adalah pengarah syarikat Mohamed Mustafa and Samsuddin Co Pte Ltd (MMSCPL), yang juga dinamakan sebagai defendan.



Dalam pengadilannya minggu lalu, Encik Tan menekankan mengenai keputusan Mahkamah Rayuan pada 2012 yang memberi amaran bahawa "titik-titik hukum yang tegas memerlukan hujah serius... tidak boleh diputuskan oleh mahkamah yang melaksanakan bidang kuasa secara ringkas".



Encik Mustaq, 67 tahun, adalah anak kepada Allahyarham Mustafa Majid Khan dan Allahyarhamha Momina.



Setelah ibunya meninggal dunia, bapanya berkahwin dengan Cik Asia Abid Khan dan mempunyai lima orang anak.



Selepas Allahyarham Mustafa meninggal dunia pada 17 Julai 2001 tanpa wasiat, keenam-enam anak beliau termasuk Cik Asia menjadi penerima harta pusaka Mustafa dalam pelbagai bahagian di bawah Sijil Warisan Mahkamah Syariah.



Encik Mustaq adalah pentadbir tunggal dan pemegang amanah estet tersebut.



Isu utama perbalahan mereka melibatkan 14.89 peratus kepentingan estet Mustafa dalam MMSCPL, yang mana separuh adik-beradik tiri Encik Mustaq dan tuntutan ibu mereka merupakan hasil daripada peruntukan dua saham syarikat pada tahun 1995 dan 2001 yang mencairkan kepentingan mereka sebagai benefisiari estet Mustafa.



 Mereka kini berusaha membatalkan peruntukan saham dan mendapatkan pakar bebas yang diperintahkan mahkamah untuk antara lain, menilai kerugian yang didakwa dialami MMSCPL akibat antara lain daripada tindakan defendan.



 Menangkis dakwaan tindakan menindas itu, Encik Mustaq, yang diwakili peguam daripada Rajah & Tann, berpendapat tuntutan itu perlu dibatalkan kerana plaintif tidak mempunyai kedudukan kerana mereka adalah benefisiari - bukan wakil peribadi estet Mustafa.



Walaupun mengakui bahawa benefisiari boleh membuat tuntutan mahkamah dalam keadaan tertentu, peguam defendan, Encik Jonathan Yuen, berkata pengecualian itu tidak boleh digunakan dalam kes tersebut.



Beliau menambah bahawa aduan mengenai dakwaan penyelewengan adalah salah dari sudut korporat, bukan penindasan, dan berhujah bahawa dakwaan plaintif mengenai "peruntukan saham yang salah" tidak boleh dipertahankan.



Plaintif, melalui peguam Drew & Napier Cik Sngeeta Rai, menegaskan bahawa kedudukan undang-undang mereka berada dalam skop pengecualian yang disebut, dan isu-isu menjadi subjek tindakan penindasan.



 Encik Tan enggan membatalkan tuntutan mahkamah secara keseluruhan atau sebahagian, dan sebaliknya mengarahkan pindaan pada pernyataan tuntutan plaintif, serta jawapan dan pembelaan kepada tuntutan balas.



Beliau menyatakan dakwaan plaintif bahawa defendan telah menggunakan jawatan mereka di MMSCPL untuk mengalihkan aset syarikat bagi faedah peribadi adalah satu bentuk perilaku tindasan.



Tetapi beliau menekankan bahawa pada akhir perbicaraan, mahkamah akan mendapati bahawa tuduhan itu tidak dibuat untuk kes dalam penindasan, dan kes itu boleh dilucutkan (litigated) dengan cara lain.



"Persoalan di hadapan saya, di peringkat awal ini ialah sama ada ia 'mudah dan jelas' bahawa aduan itu adalah sesuatu yang tidak dapat ditegakkan melalui tindakan penindasan, dan atas sebab-sebab yang saya telah digariskan, saya jawab soalan ini dalam negatif," kata Encik Tan.



Dalam pada itu, keluarga Encik Mustaq berkata bahawa perniagaan syarikat termasuk pusat beli-belah di Serangoon Road, tidak akan dipengaruhi oleh tuntutan mahkamah. Ia tetap berjalan seperti biasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >