Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Peruncit di Queensway, Peninsula tidak lagi jual barangan Nike?

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Peruncit di Queensway, Peninsula tidak lagi jual barangan Nike?

Dec 20, 2016 | 12:32 PM



MULAI Januari 2017, orang ramai dijangka tidak akan dapat membeli pakaian dan peralatan sukan bagi jenama Nike dari kedai-kedai kecil yang menjual barangan sukan seperti yang terdapat di pusat membeli-belah Queensway dan Peninsula Plaza.



Akhbar The Business Times hari ini melaporkan bahawa syarikat itu telah memutuskan untuk tidak lagi berurusniaga dengan peruncit kecil.



"Langkah itu akan memaksa ramai daripada kami, yang sebahagiannya telah beroperasi sejak 1970an dan 1980an, untuk berhenti berniaga," kata Encik Gurbachan Singh, 65 tahun, yang telah mengurus kedai Salam & Sons selama lebih 30 tahun.



"Kami berurusniaga dengan Nike selama lebih 20 tahun. Kami mematuhi peraturan mereka, tidak pernah lewat dalam pembayaran atau membawa masuk barangan tiruan atau import selari (parallel import). Ramai dari kami tidak faham mengapa mereka melakukan begini terhadap kami," tambah Encik Singh.



Nike merupakan salah satu jenama kasut dan pakaian yang mencatat penjualan terbaik di kedai-kedai kecil di sini.



Menurut laporan Branz 100 Jenama Global Paling Bernilai dari syarikat penyelidikan pasaran Millward Brown, jenama Amerika itu mengatasi 10 jenama pakaian paling bernilai lainnya.



Beberapa kedai lain di Queensway dan Peninsula Plaza turut mengongsi pandangan Encik Singh.



Seorang pemilik kedai berusia 65 tahun yang enggan memberikan namanya kerana khuatir tindak balas, berkata: "Apa yang mereka lakukan adalah salah. Saya merupakan pemegang akaun selama 20 tahun dan sering menyokong jenama itu. Apa yang mereka lakukan akan memusnahkan punca rezeki saya."



Mark Penu, pengarah urusan Premier Sports International, yang memasarkan dan mengedarkan barangan sukan, menerangkan bahawa jenama seperti Nike "hanya ingin berurusan dengan rangkaian besar seperti Weston and Sports Link".



Berdepen dengan keadaan serupa, Encik Penu dan rakaniaganya, Hairul Amar telah membawa kes melibatkan jenama New Balance (NB) ke mahkamah kerana melanggar satu kontrak lisan pada 2011 kerana enggan mengirim pesanan yang ditempah pada 2014.



Satu pertikaian yang timbul selepas Premier melakukan import selari beberapa barangan yang mana NB sebelumnya berjanji untuk membekalkannya hanya kepada kedai lebih besar.



Hakim Daerah Chiah Kok Khun memutuskan tahun ini, bahawa kes berpihak kepada Premier dan menganugerahkan pampasan yang nilainya tidak boleh didedahkan.



Selain Nike beralih tumpuan ke kedai-kedai lebih besar, peruncit kecil-kecilan memberitahu The Business Times mereka percaya keputusan itu diambil Nike kerana didorong dengan rancangannya untuk meluaskan perniagaan dalam taliannya.



Tahun lalu, jenama itu mengumumkan kepada pelabur akan rancangannya untuk meningkatkan penjualan menerusi Internet sebanyak 600 peratus mulai fiskal 2020, mencecah AS$7 bilion ($10 bilion).



Sedang Internet hanya merangkumi 2 peratus daripada keseluruhan nilai jualan yang mencecah AS$30.6 bilion, Nike menjangkakan hasil jualan di Internet akan meningkat kepada 14 peratus dalam tempoh lima tahun mendatang.



Pejabat Perhubungan Media Nike di Amerika Syarikat tidak menjawab pertanyaan The Business Times yang dihantar menerusi e-mel.



Syarikat itu mengambil langkah serupa di United Kingdom pada 2014. Ia enggan membekalkan kasut dan pakaian ke mana-mana kedai sukan yang tidak menjual lebih daripada £25,000 (S$45,000) nilai produk mereka dalam setahun; dan tidak lagi menyediakan kemudahan kredit.



Sebabnya: ia tidak lagi berasa sesuai membekalkan barangan ke kedai kecil. Nike, yang menaja pasukan bolasepak England, telah berkata bahawa langkah itu bertujuan mengurangkan kos dan meningkatkan pengalaman pelanggan.



Suruhanjaya Persaingan Singapura (CCS) ditukil The Business Times sebagai berkata, undang-undang berkenaan persaingan dalam perniagaan di sini tidak melarang secara terang-terangan syarikat daripada beroleh kuasa pasaran atau berusaha mencapainya.



"(Tetapi) syarikat dalam kedudukan pasaran yang dominan dilarang daripada mencegah pesaingnya daripada bersaing dengan berkesan atau mengetepikan mereka dari pasaran menerusi amalan niaga eksklusif seperti mengadakan perjanjian eksklusif dengan pembekal atau pelanggan mereka. Jika tindakan sedemikian diketahui dan menjejas persaingan, CCS akan mengambil tindakan penguatkuasaan," kata jurucakapnya.



Ia menambah bahawa ia telah menerima satu aduan pada Februari 2014 menyentuh perjanjian bagi pembekalan eksklusif bagi replika barangan bolasepak bagi jualan dalam perusahaan runcit di Singapura.



Selepas melakukan siasatan awal, CCS mendapati pembekal hanya mempertimbangkan berurusniaga dengan peruncit secara tahunan bagi senarai barangan dan rekaan baharu yang akan dijual di pasaran.



CCS berkata tidaklah sukar untuk peruncit memasuki atau meluaskan perniagaan mereka bagi barangan replika bolasepak secara runcit.



"Disebabkan itu, CCS mendapati tidak mungkin mana-mana peruncit punya kuasa pasaran yang ketara untuk menghalang peruncit lain daripada bersaing dalam pasaran," kata jurucakapnya lagi.



Jadi, demi memastikan kedai-kedai kecil terus hidup, mereka kini sedang menjalin kerjasama dengan jenama-jenama sukan lain yang dikenali.



Salam & Sons, sebagai contoh, akan bekerja lebih rapat dengan Adidas.



"Kami terlah berbincang dengan jenama itu dan mereka sedia bekerja bersama kami. Kami sedang menimbang untuk memperuntukkan ruang dalam kedai dan meletakkan Nike jauh di belakang," kata Encik Singh.



"Ia mungkin dilihat sebagai satu perkara kecil tetapi kami perlu melakukannya demi penakatan kami sendiri."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >