USIA yang meningkat dan penyakit gout/pirai yang memburuk semakin mencabar Encik Mohd Lokman Mohd Salleh agar menghasilkan muruku yang dijual dari rumah bersama isterinya.
Dengan modal geran $1,000 yang diperolehi menerusi Program Perniagaan Mikro Angkatan Karyawan Islam (AMP), peniaga berusia 45 tahun itu akan melaburkan wang tersebut dengan membeli mesin pembuat muruku yang bukan sahaja memudahkan penghasilan malah dapat menggandakan pengeluaran.