SATU piawaian kerjasama tiga pihak yang menggariskan syarat pengambilan pekerja lebih baik bagi pekerja kontrak dilancarkan kelmarin.
Sejauh ini, 296 syarikat sudah menerima piawaian baru itu - yang mengenal pasti dan mengiktiraf majikan progresif yang komited kepada amalan yang menjangkaui apa yang dituntut di bawah Akta Pengambilan Pekerja dalam bidang utama seperti faedah cuti, tempoh notis dan latihan.