Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Pinjaman bank berkurangan buat 12 bulan berturut-turut

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pinjaman bank berkurangan buat 12 bulan berturut-turut

Oct 31, 2016 | 01:55 PM



PINJAMAN bank berkurangan pada September berbanding setahun lalu, iaitu 12 bulan berturut-turut, sedang keadaan ekonomi tidak menentu memaksa peminjam dan perniagaan terus berhati-hati.



Jumlah pinjaman bank berkurangan kepada $603.43 bilion, berkurangan 0.8 peratus berbanding $608.28 bilion pada September 2015, menurut data awal daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Isnin (31 Okt).



Namun pengurangan pada September paling kecil sejak Mei lalu. Pada Ogos, pinjaman bank susut 1.6 peratus berbanding setahun lalu.



Pinjaman bank pada September tidak banyak berubah daripada Ogos, susut 0.07 peratus daripada $603.85 bilion yang dicatatkan pada Ogos.



Tahun ke tahun, pinjaman perniagaan jatuh 3.4 peratus pada September kepada $355 bilion, dengan penurunan besar dicatatkan dalam sektor seperti pertanian, perlombongan dan kuari, perkilangan dan perdagangan am.



Penurunan dalam pinjaman perniagaan telah diimbangi oleh kenaikan berterusan dalam pinjaman pengguna.



Disokong oleh peningkatan dalam gadai janji dan bayaran faedah kad kredit, pinjaman pengguna meningkat kepada $248.40 bilion. 3.1 peratus lebih tingi daripada September 2015.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >