Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Pinjaman modal kerja bantu firma tingkat daya penghasilan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIRI MEMPERSIAP BAGI EKONOMI MASA HADAPAN

Pinjaman modal kerja bantu firma tingkat daya penghasilan

Apr 29, 2018 | 05:30 AM



PERMINTAAN khidmat logistik yang meningkat memerlukan firma logistik, West-Street Carrier, memastikan ia mempunyai aliran tunai yang mencukupi bagi membiayai operasi dan pertumbuhannya setiap hari.



Namun, kos perniagaan tinggi yang memerlukan ramai tenaga buruh menyukarkan syarikat itu, kongsi salah seorang pengarahnya, Cik Cherie Goh.



Ia mendorong syarikat itu memohon mendapatkan Pinjaman Modal Kerja Syarikat Kecil dan Sederhana (SME) daripada agensi Spring Singapore (kini Enterprise Singapore).



Skim yang membolehkan SME mendapatkan pinjaman sehingga $300,000 itu bertujuan membantu firma memenuhi keperluan aliran tunainya, bagi membolehkan firma tersebut berkembang.



Skim tersebut ditawarkan bersama oleh 12 institusi kewangan sementara Enterpise Singapore mengongsi risiko hutang sebanyak 50 peratus.



Dengan dana tambahan itu, West-Street Carrier menggantikan tujuh alat forklift manual kepada alat berkuasa elektrik yang dapat mengurangkan masa memunggah masuk dan keluar kargo ke dalam lori.



"Industri logistik memang sukar mendapat pekerja, terutama pemandu, kerana kerja lembur dan perlu mengangkat kargo yang berat. Dengan forklift berkuasa elektrik, kami dapat mengurangkan bilangan pekerja yang diperlukan. Pekerja kami, yang rata-rata berusia 50 tahun ke atas, tidak perlu mengangkat kargo yang berat kerana forklift elektrik itu dapat mengangkat sehingga 1,000 kilogram,'' jelas Cik Goh, 27 tahun, yang menguruskan perniagaan yang dimulakan bapanya.



Sebelum menggunakan forklift berkuasa elektrik itu, ia memerlukan dua pekerja bagi kerja-kerja pemunggahan.



Tetapi kini ia memerlukan hanya seorang pekerja atau pemandu sahaja untuk mengendalikan forklift berkuasa elektrik bagi memunggah masuk atau keluarkan kargo ke dalam atau dari lori.



Dengan daya penghasilan yang meningkat, syarikat itu dapat menyediakan hingga lima khidmat logistik sehari, berbanding tiga semasa menggunakan forklift manual.



"Kami dapat meningkatkan penjualan sebanyak 15 peratus hasil penggunakan forklift berkuasa elektrik dan mengurangkan kos pekerja sebanyak 12 peratus. Hasilnya, keuntungan kami juga meningkat,'' jelas Cik Goh.



Syarikat itu juga memanfaatkan dana tambahan tersebut dengan melabur dalam sistem pengurusan gudang yang dapat menguruskan perkiraan inventori, penyimpanan kargo, memantau tempahan dan bil pelanggan menggunakan teknologi.



Dengan proses itu, yang sebelum ini dibuat secara manual, kesilapan dapat dikurangkan, lantas meningkatkan kepercayaan pelanggan.



  • Laporan ini dibawakan oleh Majlis Ekonomi Masa Hadapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >