Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Pixerf naung lebih 60,000 jurugambar serantau

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pixerf naung lebih 60,000 jurugambar serantau

Nov 04, 2018 | 05:30 AM



DARIPADA individu yang mengambil gambar sebagai hobi hingga jurugambar profesional yang sudah lama berkecimpung dalam bidang fotografi, mereka dapat disatukan melalui Pixerf, sebuah wadah pemasaran foto dan jaringan hubungan bagi jurugambar yang pertama di Asia.



Firma teknologi baru yang diasaskan Encik Sa'at Ismail itu dapat mengumpulkan lebih 60,000 jurugambar dari Singapura, Malaysia, Indonesia, India dan Filipina bagi membolehkan mereka berinteraksi sambil berkenal suai.



Pada masa sama, lebih 200,000 foto mereka dipasarkan melalui Pixerf, membolehkan sesiapa sahaja di dunia membeli foto-foto berlatar Asia itu.



Idea membentuk firma teknologi baru itu tercetus apabila Encik Sa'at, yang juga memiliki agensi kreatif Silicon+, menghadapi masalah mendapat foto-foto sesuai apabila ingin membuat kempen pemasaran produk pelanggannya.



"Amat sukar mendapatkan foto sedia ada yang memaparkan orang, budaya dan landskap Asia, menyebabkan kami terpaksa mendapatkan jurugambar sendiri untuk mengambil foto itu menggunakan perbelanjaan kami sendiri atau kami menggunakan foto dengan model yang sama atau model Barat bagi jenama produk Asia,'' kata Encik Sa'at, 48 tahun, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pixerf yang membuka firma itu dengan Cik Michele Lee.



Akibat masalah kekurangan foto berlatar belakang Asia, sebuah firma pakaian Asia dikritik kerana menggunakan model Barat dalam iklan memasarkan pakaian meraikan Hari Kebangsaan Singapura tahun lalu.



Menurut Encik Sa'at, Pixerf bukan sahaja menjadi wadah bagi pemasaran foto malah sebagai ruang bagi jurugambar, daripada yang baru berjinak-jinak dalam dunia fotografi hingga yang profesional, untuk berinteraksi kerana minat mereka yang serupa.



Setelah bertemu dalam sebuah acara mengambil gambar di Kuala Lumpur, juru-juru gambar itu akan bertemu di Bali dan India tidak lama lagi.



"Kami melihat mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia fotografi berasa begitu terdorong apabila melihat dan berinteraksi secara dekat dengan jurugambar yang mereka minati. Jurugambar profesional pula tidak lokek memberikan panduan mengambil foto,'' tambah Encik Sa'at.



Wadah itu menghimpunkan jurugambar terkenal seperti Yik Keat Lee dan Kenny Peters dari Singapura dan Syafiq Saleh dari Malaysia.



Salah seorang jurugambar yang menyertai wadah itu ialah Encik Roslee Abdul Razak, 55 tahun, pemilik In Step Studio, yang melihat wadah Pixerf sebagai saluran baru bagi memasarkan gambarnya di dunia di samping peluang menambah rezeki.



Menurut Encik Sa'at, wadah itu mempunyai 'Custom Commissions' yang membolehkan syarikat mendapatkan jurugambar itu daripada rangkaian Pixerf untuk menjalankan tugas mereka.



Pixerf sudah pun mendapat modal awal sebanyak $2 juta bagi membentuk wadah dalam talian itu dan merancang menarik tambahan dana $1 juta bagi meluaskan Pixerf di Malaysia, Indonesia dan Thailand dalam tempoh satu hingga dua tahun mendatang, tambah Encik Sa'at, mengenai firma teknologi baru itu yang mempunyai nilai $10 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >