PM Lee: DBS main peranan penting dalam pembangunan ekon S'pura

`BANK DBS dibentuk pada 1968 sedang Singapura menghadapi krisis serius selepas berpisah dengan Malaysia bagi memberikan pembiayaan dana bagi industri-industri.

DBS mengambil risiko menawarkan pembiayaan menarik bagi menggalak sebuah firma kamera Jerman, Rollei, berpindah kilangnya ke Singapura pada 1971.

Meskipun Rollei ditutup 10 tahun kemudian dan DBS menghadapi kerugian, syarikat Jerman itu mewujudkan banyak pekerjaan bagi rakyat Singapura dan pekerja mahir dalam sektor pengilangan dan pemesinan jitu.

Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong menyingkap sejarah DBS itu untuk mengongsi bagaimana DBS memainkan peranan penting dalam ekonomi Singapura dalam sebuah acara muzikal bagi meraikan ulang tahun yang ke-50 Bank DBS di Teater Capitol malam tadi.

Sepanjang tempoh itu, bank itu telah menghadapi cabaran yang sukar tetapi mendapat iktibar dari pengalaman itu sehingga menjadi sebuah bank yang lebih kukuh dan bijak, kata PM Lee.

"DBS memainkan peranan penting dalam perindustrian awal kita. Ia menyediakan syarikat dengan pembiayaan menarik dan meyakinkan perbadanan antarabangsa membentuk kemudahan kilang di Singapura,'' kata PM Lee.```

DBS merupakan antara tiga institusi dibentuk mantan Menteri Kewangan Goh Keng Swee pada 1968 bagi mengekalkan keyakinan dan menunjukkan kepada dunia bahawa Singapura selamat dan menarik untuk dilaburkan. Dua lagi institusi itu ialah Jurong Town Corporation dan International Trading Company, yang dibentuk bagi mencari pasaran eksport baru negara ini.

Setelah bergabung dengan POSB pada 1998, bank itu meneruskan peranan sosial POSB dalam mempromosikan simpanan nasional sebagai sebuah bank rakyat.

PM Lee berkata DBS terus berinovasi dan merombak perniagaannya bagi mempersiapkan institusi itu di masa hadapan sedang sektor perbankan menghadapi gangguan besar dalam teknologi.

Kini, DBS merupakan antara salah sebuah dari 40 bank paling besar dari segi permodalan pasaran. Ia juga telah membangunkan keupayaan teknologi dan diiktiraf sebagai 'bank digital terbesar dunia'.

Di India, bank itu melancarkan satu-satunya bank bimbit pertama tanpa cawangan dan tidak memerlukan kertas dan tandatangan pelanggan bagi menjalankan urusan perbankan.

Digibank mempunyai dua juta pelanggan bagi membolehkan bank itu memanfaatkan pasaran kewangan India yang tumbuh pesat.

"DBS akan terus memainkan peranan penting dalam ekonomi Singapura, menyokong pertumbuhan syarikat Singapura dan menerbangkan bendera Singapura dengan tinggi,'' tambah PM Lee.

Waktu Solat

Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.