Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

PM Lee: Rundingan bagi wujudkan blok dagangan terbesar dunia dijangka selesai tidak lama lagi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

PM Lee: Rundingan bagi wujudkan blok dagangan terbesar dunia dijangka selesai tidak lama lagi

Aug 29, 2018 | 11:37 AM

RUNDINGAN bagi mewujudkan blok dagangan terbesar dunia, antara Asean dengan enam negara Asia Pasifik telah mencapai tahap kritikal dan boleh diselesaikan tidak lama lagi, menurut Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.

Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) itu boleh dimeterai akhir tahun ini bagi mewujudkan blok dagangan yang akan merangkumi sepertiga dari Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dunia.

Selain dari 10 anggota Asean, RCEP juga disertai China, India, Australia, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Berucap di pembukaan rasmi Mesyuarat Menteri Ekonomi Asean ke-50, PM Lee berkata Asean telah menunjukkan kesungguhan untuk membawa kemajuan dalam RCEP.

Mesyuarat empat hari itu berlangsung di Hotel Shangri-La dan akan berakhir Sabtu ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3