PERGERAKAN buruh telah mengambil langkah memupuk bakat Singapura untuk mengambil peranan kepimpinan perniagaan di syarikat berbilang negara (MNC).
Ini sejajar dengan salah satu daripada tujuh strategi bagi membangunkan ekonomi masa hadapan Singapura yang diusul oleh Jawatankuasa Ekonomi Bagi Masa Hadapan (CFE) bagi mendalami dan mempelbagai rangkaian antarabangsa.