Program dapat sambutan baik, turut dihadiri peserta luar negara
May 17, 2019 | 05:30 AM
PROGRAM Halal Masterclass yang julung-julung kali diadakan oleh cabang pembangunan eksekutif Institut Pengurusan Singapura (SIM), Pembangunan Profesional SIM (SIM PD) dan sebuah syarikat swasta mendapat sambutan baik.
Sekitar 70 peserta hadir dalam program itu termasuk ketua syarikat dari dalam dan luar negara seperti Turkey, Jepun dan Korea Selatan.