Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Program rujukan 'Galaxy Trio' tarik ramai Melayu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Program rujukan 'Galaxy Trio' tarik ramai Melayu

NORHAIZA HASHIM
Feb 14, 2014 | 07:15 PM



LEBIH 1,000 orang, kebanyakannya Melayu/Islam, telah ditarik menyertai satu program baru rujukan dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan dengan pelaburan rendah.


Program dikenali sebagai Galaxy Trio itu dikatakan berpangkalan di Canada dan kini beroperasi di Kembangan.


Ia juga kini giat dipasarkan menerusi media sosial, termasuk Facebook.


Di bawah program tersebut, setiap peserta itu diminta meletakkan bayaran sekali sebanyak $400 untuk memulakan program dan dijanjikan dengan pulangan minimum $1,700 jika mereka dapat menarik lebih ramai anggota ke dalam program itu.


Jika mereka membayar $2,000, mereka akan dapat bonus lebih tinggi, sehingga $11,000, dengan syarat mereka harus menarik lebih ramai anggota ke dalam program itu.


Namun, bayaran awal itu tidak akan dikembalikan semula, jika anggota tidak berusaha menarik anggota baru.


Dalam Galaxy Trio, anggota tidak perlu menjual produk bagi menarik anggota lain tetapi mereka perlu gigih mendapatkan lebih ramai anggota sebelum dapat menikmati bonus lebih tinggi.


Galaxy Trio Ltd, yang didaftarkan di British Virgin Islands, tidak didaftarkan di Singapura.


Untuk mengetahui kisah mereka, ikuti laporan penuh di Berita Harian esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >