PEMBUANGAN pekerja sejak 2007 oleh bank besar di Eropah dan Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda reda dengan lebih ribuan pekerja dijangka dibuang awal tahun depan di samping 100,000 pembuangan pekerja tahun ini.
Menurut Financial Times, pemberhentian pekerja menyumbang kepada lebih 10 peratus daripada keseluruhan jumlah pekerja di kalangan 11 bank Amerika dan Eropah besar yang mengumumkan pemberhentian pekerja.