PENGENDALI pelabuhan Singapura telah memeterai perjanjian dengan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) untuk membangun bakat bagi pelabuhan mega yang dirancang di Tuas.
Kenyataan bersama oleh PSA dan SUTD berkata memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani kelmarin bertujuan menghasilkan karyawan sains data, infokom dan kejuruteraan untuk pelabuhan Tuas itu.