Pusat Al-Quran wadah majukan akademi

Kian ramai asatizah muda di Singapura menubuhkan pusat pembelajaran Al-Quran. Dengan kesedaran dan pengetahuan agama yang semakin meningkat dalam kalangan anggota masyarakat Islam Singapura, pusat pembelajaran Al-Quran ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan, tidak kira daripada golongan kanak-kanak ataupun orang dewasa. NUR FATHIN AWALLUDIN (nfathin@sph.com.sg) meninjau tiga pusat sedemikian dan mencungkil pengalaman pengasasnya.

CINTANYA terhadap bahasa Arab mendorong seorang ustaz berusia 31 tahun memulakan sebuah akademi untuk mengajar bahasa tersebut.

Namun, apabila beberapa muridnya mendekatinya dan meminta beliau mengajar mereka mengaji, Ustaz Ho Muhammad Adi tidak sampai hati menolak.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan