LEBIH 450 syarikat makanan dan 500 peruncit telah didekati oleh Pusat Produktiviti Singapura (SPC) menerusi pelbagai inisiatif sejak ia dilancarkan Ogos lalu.
Pusat itu ditubuhkan sebagai pusat keupayaan nasional untuk membolehkan pemerintah menumpukan usaha dan tumpuan dalam memahami dan membangunkan sektor runcit dan khidmat makanan yang merupakan antara sektor yang masih ketinggalan dalam usaha peningkatan produktiviti.