Pusat SME di DPPMS urus lebih 2,800 kes tahun lalu

PUSAT Syarikat Kecil dan Sederhana (SME) di Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) menguruskan 2,803 kes tahun lalu yang sebahagian besarnya merupakan usaha membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) mempertingkatkan keupayaan mereka.

Jumlah itu lebih rendah berbanding 3,681 kes diuruskan Pusat SME@DPPMS selepas pusat SME di Singapura diminta oleh Spring Singapore untuk memberikan bantuan lebih mendalam kepada SME-SME yang mendekati mereka dari hanya meningkatkan kesedaran mengenai skim pemerintah yang ada.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan