Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Raih keuntungan melalui pembelian rumah privet

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIRI MENJANA KEKAYAAN MENERUSI HARTANAH

Raih keuntungan melalui pembelian rumah privet

Mar 25, 2018 | 05:30 AM



SEORANG pelanggan Melayu ejen hartanah, Cik Neeza Ali, yang membeli sebuah rumah sebandung berharga $600,000 di West Coast 10 tahun lalu tidak menyangka nilai rumah itu boleh meningkat dengan pantas mencapai $3 juta dalam pasaran hari ini.



Apabila anaknya ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, pelanggannya itu merealisasikan nilai rumah yang tinggi itu melalui skim pinjaman berbalik bagi mendapatkan wang tunai untuk menghantar anaknya belajar di sebuah universiti luar negara tanpa perlu menjual rumah itu.



"Dengan perkembangan nilai aset rumah, kita mempunyai ketenangan fikiran untuk membiayai anak-anak jika mereka memerlukan wang untuk belajar ke luar negara atau jika kita ingin bersara dengan selesa. Rumah privet itu boleh diteruskan sebagai legasi harta untuk generasi mendatang," kata Cik Neeza, Pengarah Distrik Bersekutu firma agensi hartanah Huttons Asia.



Lulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dari Universiti Manchester itu yang pernah menjadi pensyarah kejuruteraan di Politeknik Ngee Ann, menceburi bidang hartanah sejak 2008.



Matlamatnya ialah memperkasa masyarakat dengan pengetahuan dan strategi yang betul bagi memastikan mereka dapat meningkatkan aset mereka dalam jangka panjang.



"Melabur dalam rumah privet dapat menjana keuntungan jika dilakukan dengan strategi yang betul pada masa yang sesuai mengikut kemampuan setiap orang," kata Cik Neeza.



Dengan latar belakangnya dalam bidang kejuruteraan, beliau amat teliti dalam membuat perkiraan bagi menentukan kemampuan pelanggan untuk membeli rumah privet atau kondominium eksekutif (EC).



"Saya akan menanyakan motivasi mereka untuk berpindah dan meneliti kedudukan kewangan seperti pendapatan dan pinjaman untuk menentukan sama ada mereka mampu membeli rumah privet," kata Cik Neeza.



Buat permulaan, beliau menasihati pemilik flat HDB yang layak memiliki rumah privet untuk membeli rumah privet atau kondominium eksekutif (EC).



Seorang pelanggan Melayunya menjual flat lima bilik Bina Ikut Tempahan (BTO) di Woodlands untuk membeli sebuah kondominium berharga $850,000 di kondominium pegangan bebas, Seletaris di Sembawang.



Dua tahun kemudian, kondominium itu dijual pada harga lebih tinggi sebanyak $980,000.



"Kita bukakan minda mereka untuk menimbangkan rumah privet atau EC. EC merupakan satu pelaburan yang baik kerana ia pelaburan bersubsidi dan dijual pada harga lebih rendah dari kondominium. Pembeli boleh menjualnya kepada warga Singapura atau PR setelah tinggal di sana sekurang-kurangnya lima tahun. Selepas 10 tahun, EC dianggap sebagai kondominium swasta yang boleh dijual kepada warga asing," katanya.



Projek EC yang bakal dilancarkan tidak lama lagi ialah Rivercove Residences di Anchorvale Lane yang mempunyai 628 unit, yang dijangka mendapat sambutan menggalakkan dari bakal pembeli.



Sebuah kondominium di Tampines, Tapestry, juga akan dijual pada harga bermula $596,000 bagi satu bilik, dua bilik bermula $796,000 dan $1.15 juta bagi tiga bilik.



Pengarah Distrik Kanan Bersekutu Huttons Asia, Encik Bernard Yap berkata oleh kerana harga rumah privet telah mula meningkat, pembeli tidak mahu ketinggalan mendapatkan rumah idaman mereka sebelum harga meningkat lagi.



"Tahun ini apabila lebih ramai pemilik rumah yang menjual rumah mereka secara en-blok dan mendapat 'durian runtuh', mereka akan juga bersaing untuk membeli rumah privet khususnya kondominium. Dengan lebih banyak mudah tunai, harga rumah privet dijangka meningkat," tambah Encik Yap.



Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pasaran hartanah privet, jangan ketinggalan untuk mendaftar bagi menyertai satu seminar anjuran Berita Harian (BH) dan Huttons Asia pada 15 April ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >