Ramai manfaat wadah khidmat tempahan dalam talian dalam Ramadan
Jun 14, 2016 | 05:30 AM
KEMUNCULAN bermacam wadah khidmat tempahan dan penghantaran makanan dalam talian telah menggalak lebih banyak peniaga makanan dan minuman (F&B) memanfaatkannya bagi merangsang penjualan, khususnya semasa Ramadan ini.
Kini peniaga boleh memanfaatkan bukan sahaja wadah online antarabangsa seperti Food Panda and Deliveroo, malah yang dibangunkan oleh syarikat setempat seperti Hawker.Today dan What To Eat.