Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ramalan ADB: Pertumbuhan ekon Asia Tenggara dijangka 1% pada 2020

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ramalan ADB: Pertumbuhan ekon Asia Tenggara dijangka 1% pada 2020

Apr 03, 2020 | 07:30 PM



PANDEMIK Covid-19 dijangka akan menyebabkan hasil dalam negeri kasar Asia Tenggara tumbuh dengan amat perlahan kepada hanya 1 peratus sahaja pada 2020, sebelum kembali melonjak kepada 4.7 peratus pada 2021, menurut Bank Pembangunan Asia (ADB) dalam laporannya bertarikh 3 April, lapor The Business Times.



Ramalan ini bagaimanapun adalah rendah berbanding kadar penuh pertumbuhan 4.4 peratus yang dicatatkan pada 2019. 



Laporan, Pandangan Pembangunan Asia 2020, meramalkan bahawa pembangunan Asia secara menyeluruh akan menikmati pertumbuhan perlahan kepada 2.2 peratus, sebelum melonjak semula kepada 6.2 peratus pada 2021. 



Kesemua ekonomi Asean pula akan mengalami kegenjotan dalam pertumbuhan disebabkan Covid-19 dan kelembapan akibat daripadanya, terutama sekali melihat kepada hubungan teguh mereka dengan China dalam soal dagangan dan pelaburan, kata laporan itu. 



Thailand dijangka mencatatkan prestasi terburuk dengan pengecutan 4.8 peratus, "meneruskan penurunan yang mantap sejak beberapa tahun kebelakangan ini".



Kemboja dan Indonesia akan menyaksikan kelembapan. Begitu juga Filipina, meskipun dengan meluaskan dasar pemerintah. Namun begitu Filipina dijangka menikmati pemulihan pada 2021. 



Satu pengecualian ialah Vietnam di mana pertumbuhannya diramalkan akan lembab tetapi kekal bersaing di wilayah-wilayah lebih kecil.



Inflasi di Asia Tenggara dijangka kekal rendah pada kadar 1.9 peratus baggi 2020 dan 2.2 peratus untuk 2021, dengan kebanyakan ekonomi menjadi lemah dan penurunan harga minyak sedunia. 



"Dengan Brunei Darussalam mengalami deflasi yang ditampung, 8 dari 11 ekonomi akan menyaksikan inflasi lebih tinggi disebabkan tekanan berterusan pada harga makanan, tetapi inflasi akan meningkat perlahan di Myanmar dan di Filipina dan merubah keadaan kepada deflasi di Thailand." 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >