SATU-SATUNYA amanah pelaburan hartanah (reit) syariah di Singapura, Reit Perindustrian Berlandaskan Syariah Sabana, memberikan kadar pulangan dividen tertinggi, mengatasi 24 reit lain yang disenaraikan di Bursa Singapura (SGX), menurut kenyataan SGX.
Ia memberikan kadar dividen tertinggi sebanyak 8.9 peratus sehingga Januari 2014.