Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Rendang tahan lama guna teknologi? Firma kongsi caranya di seminar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Rendang tahan lama guna teknologi? Firma kongsi caranya di seminar

Oct 26, 2019 | 05:30 AM



MAKANAN tradisional seperti rendang tidak boleh bertahan lama tetapi dengan adanya teknologi canggih, ia dapat dilakukan.



Justeru, demi penakatan firmanya selain keinginan mahu merebut ilmu dan peluang baru, pemilik firma pengeluar pes segera, Asyura Paste, Cik Norhuda Rabani, telah bekerjasama dengan Pusat Sumber Inovasi dan Makanan (FIRC).



FIRC merupakan satu usaha kerjasama di antara Politeknik Singapura (SP) dengan Enterprise Singapore (ESG) untuk membantu firma makanan dan minuman (F&B) dengan menawarkan kepakaran teknikal dalam pembangunanan produk dan proses.



Menurut Cik Norhuda, 46 tahun, beliau mengambil keputusan untuk terlibat dalam projek FIRC itu kerana mahu memasarkan produk rempah segeranya ke pasaran luar negara.



"Selama ini, pes yang saya jual merupakan pes beku tetapi saya mahu menghasilkan pes bukan beku, bebas pengawet dan mempunyai tempoh bertahan lebih lama.



"Inilah antara faktor yang membuat saya mahu bekerjasama dengan FIRC," ujarnya.



Selain rendang, empat pes lain seperti kari dan lemak cili padi turut disertakan dalam projek FIRC ini.



Syarikat Asyura Pte Ltd yang memang cukup terkenal dengan pesnya, mempunyai lebih 20 jenis pes di kilang pengeluaran makanannya yang terletak di Tuas Bay.



Menurutnya proses melibatkan diri dengan projek FIRC memakan masa hampir setahun untuk memastikan daripada segi rasa, ia tidak berubah berbanding yang asal.



"Kakitangan di FIRC amat membantu demi memastikan bahawa apa yang kami inginkan dikekalkan," ujarnya.



Sejak dilancarkan pada 2007, FIRC telah membantu lebih 700 firma F&B daripada soal pembangunan produk sehinggalah analisis makanan, menjalani inovasi dan memastikan firma maju.



Pusat itu mempunyai sekitar 33 golongan profesional sepenuh masa, termasuk pakar teknologi makanan dan cef serta lebih 100 peralatan.



Ia menawarkan empat jenis khidmat iaitu khidmat konsultan, latihan, ujian makmal dan penyewaan peralatan.



Dengan inovasi serta pengetahuan baru yang diraih ekoran penglibatannya dengan FIRC, Cik Norhuda telahpun memperkenalkan pesnya di China dan Australia semasa satu pameran perdagangan di sana.



Namun, pes Asyura Cik Norhuda bakal melebarkan sayap ke luar negara.



"Pes Asyura yang bukan beku akan diedarkan ke Taiwan. Kami mempunyai seorang pengedar yang akan mengedarkannya menjelang akhir tahun ini," kongsinya.



Cik Norhuda bakal mengongsi pengalamannya bekerjasama dengan FIRC bagi meningkatkan mutu, dan keupayaan produknya dalam satu seminar bulan depan.



Seminar Ekonomi Masa Depan anjuran Berita Harian dan disokong Majlis Ekonomi Masa Hadapan itu akan diadakan pada 11 November nanti.



Mereka yang berminat boleh segera mendaftar di econ.sphevents.com.sg



Tiada bayaran dikenakan.




SEMINAR EKONOMI MASA DEPAN



Dua syarikat - Asyura Paste dan Lemaq - yang pernah manfaatkan Pusat Inovasi dan Sumber Makanan (FIRC) akan menyertai sesi perkongsian dan membincangkan isu perniagaan.



TARIKH: Isnin, 11 November 2019



MASA: 2.30 hingga 5.30 petang



TEMPAT: Pusat Inovasi dan Sumber Makanan (FIRC), Politeknik Singapura



BAYARAN: Percuma



DAFTAR: Di laman econ.sphevents.com.sg



ANJURAN: Berita Harian



DISOKONG: Majlis Ekonomi Masa Hadapan (FEC)




EKONOMI "Selama ini, pes yang saya jual merupakan pes beku tetapi saya mahu menghasilkan pes bukan beku, bebas pengawet dan mempunyai tempoh bertahan lebih lama. Inilah antara faktor yang membuat saya mahu bekerjasama dengan FIRC... Kakitangan di FIRC amat membantu demi memastikan bahawa apa yang kami inginkan dikekalkan."
- Pemilik firma pengeluar pes segera, Asyura Paste, Cik Norhuda Rabani, yang bekerjasama dengan Pusat Sumber Inovasi dan Makanan (FIRC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >