EKONIAGA: CABARAN F&B
Restoran Cef Wan tidak lagi berasap
Kos tinggi dan mutu makanan antara sebab penutupan 1 Market By Chef Wan
Jun 29, 2016 | 05:30 AM
SETELAH menjalankan perniagaan lebih tiga tahun, Restoran 1 Market By Chef Wan di Plaza Singapura telah ditutup Ahad lalu.
Cef selebriti, Datuk Cef Wan, berkata restoran itu ditutup disebabkan beberapa faktor termasuk kos pengendalian yang tinggi termasuk harga sewa, mutu makanan yang merosot dan kesukaran mendapat cef berbakat.