Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Rezeki Ramadan datang bergolek bagi pemilik Eunosville

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Rezeki Ramadan datang bergolek bagi pemilik Eunosville

Jun 07, 2017 | 05:30 AM



REZEKI Ramadan datang tanpa disangka bagi pemilik flat masionet Eunosville, Encik Aman Ibrahim dan isterinya, setelah estet itu dijual secara kolektif (en-bloc) minggu lalu.



Mereka bakal mendapat 'durian runtuh' sebanyak $2.305 juta, hasil estet HUDC yang sudah diswastakan itu dijual pada harga $765 juta kepada syarikat pemaju hartanah MCL Land.



"Alhamdulillah syukur. Ini namanya rezeki Ramadan. Kami tidak sangka akan harga yang ditawarkan kerana sebelum en-bloc, unit di estet ini dijual pada harga $1.12 juta. Kami gembira kerana harga yang ditawarkan lebih tinggi,'' kata Encik Aman, 54 tahun, seorang ejen insurans yang tinggal di Blok 822.



Beliau dan isterinya, Cik Rohaina Ithnin, 49 tahun, seorang pegawai pengendalian, mendapat keuntungan besar setelah membeli flat itu pada harga $442,000 pada 1999.



Sebelum itu, pasangan yang mempunyai empat anak berusia 18 hingga 23 tahun itu tinggal di flat empat bilik di Marine Parade.



"Apabila membeli flat di Eunosville, kami memilihnya kerana lokasinya yang baik, terletak bersebelahan dengan Masjid Darul Aman dan dekat dengan Stesen MRT Eunos. Kami tidak fikir ia menjadi satu pelaburan baik bagi kami,'' ujar Encik Aman, yang menerima berita gembira itu melalui surat daripada ejen pemasaran OrangeTee minggu lalu.



Dibangunkan lewat 1980-an, estet itu mempunyai enam blok yang mempunyai 255 masionet dan empat apartmen rendah yang mempunyai 75 unit.



Setiap pemilik rumah itu bakal menerima $2.25 juta hingga $2.41 juta selepas urus niaga penjualan itu selesai, bergantung pada peraturan syarat, menurut Orange Tee.



Disebabkan lokasinya yang baik, terletak bersebelahan masjid dan berdekatan Geylang Serai, estet itu didiami ramai pemilik Melayu/Islam, kata Encik Aman.



Blok beliau sahaja mempunyai sekitar 25 keluarga Melayu.



"Saya bergurau dengan jiran Melayu saya. Saya kata kita ni OKKA sahaja atau 'orang kaya kejap aje' kerana duit itu akan digunakan untuk membeli rumah.



"Dalam keadaan hari ini, membeli rumah baru juga amat mahal. Kami menimbangkan membeli kondominium di kawasan Simei atau Paya Lebar,'' ujarnya.



Menurut Encik Aman, rezeki itu juga datang tepat pada waktunya kerana dua anak lelakinya bakal melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Nanyang (NTU) tahun ini dan Universiti Nasional Singapura (NUS) tahun depan.



Seorang lagi pemilik Melayu/Islam estet itu yang enggan namanya disiar berkata estet itu kurang dijaga dan agak kotor selepas diswastakan.



"Saya gembira ia dijual. Harapan saya ialah berpindah ke flat HDB lebih kecil memandangkan anak-anak saya semua sudah berkahwin.



"Baki duit itu akan digunakan untuk membiayai persaraan saya dan isteri saya,'' kata beliau, yang membeli rumah masionetnya pada harga $490,000 pada 1994.



Penjualan estet itu secara en-bloc adalah ketiga terbesar selepas Farrer Court, yang dijual pada harga rekod $1.34 bilion, dan Leedon Heights, dijual pada harga $835 juta. Keduaduanya dijual pada 2007.



Ini kali kedua Eunosville ditawarkan secara en-bloc setelah tawaran kali pertama gagal pada 2013.



Ketika itu, harga ditawarkan kepada pemilik rumah kurang daripada $2 juta, menurut Encik Aman.



Harga penjualan $765 juta itu 17 peratus lebih tinggi daripada $643 juta hingga $653 juta yang diminta pemilik estet tersebut apabila tapak itu dilancarkan melalui tender April lalu.



Dengan penjualan itu, tapak tersebut boleh digunakan bagi membangunkan hingga 1,399 unit rumah privet dan purata saiz apartmen ialah 70 meter persegi.



Firma runding cara hartanah CBRE menyatakan unit baru itu boleh dijual pada harga purata $1,700 hingga $1,750 setiap kaki persegi (psf).




"Saya bergurau dengan jiran Melayu saya. Saya kata kita ni OKKA sahaja atau 'orang kaya kejap aje' kerana duit itu akan digunakan untuk membeli rumah. Dalam keadaan hari ini, membeli rumah baru juga amat mahal. Kami menimbangkan membeli kondominium di kawasan Simei atau Paya Lebar.''
- Encik Aman Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >