APABILA Cik Roswati Kassim membuka butiknya pada 1990, perniagaannya berkembang pesat kerana tidak ramai pesaing dan pengguna masih memilih beli-belah di kedai fizikal.
Tetapi apabila pasaran dan iklim perniagaan berubah, beliau terpaksa mengecilkan perniagaan RH Fashion - daripada enam butik kepada sebuah butik di Joo Chiat Complex sekarang.