Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Ringgit diramal terus jatuh hingga akhir tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ringgit diramal terus jatuh hingga akhir tahun

Aug 04, 2016 | 11:42 AM



KUALA LUMPUR: Berita buruk terus melanda ringgit Malaysia, mata wang Asia yang prestasinya paling teruk.



Setelah terjejas oleh kejatuhan baru harga minyak dan skandal politik yang tidak henti-henti, ringgit kini menghadapi prospek pemotongan kadar faedah.



Ia mata wang yang jatuh paling besar di rantau ini dalam tempoh tiga bulan lalu dan penganalisis masih melihat ruang untuk ia merosot lebih 2 peratus menjelang akhir tahun ini.



Kejatuhan ringgit menonjolkan hakikat keadaan tidak baik sedang Malaysia berdepan prestasi ekonomi terburuknya dekad ini.



Satu lagi pemotongan kadar cukai "akan menjadi satu lagi perkara negatif bagi mata wang itu", kata Encik Michael Setiap, ketua penyelidikan pasaran kewangan di Rabobank di Hong Kong.



Kemerosotan 13 peratus harga minyak Brent pada suku ini memburukkan lagi masalah Malaysia. Kejatuhan harga minyak telah menghakis pendapatan eksport dan kos yang meningkat membendung pelaburan perniagaan.



Pertumbuhan ekonomi Malaysia menjadi perlahan ke kadar paling rendah dalam tempoh lebih enam tahun pada suku pertama tahun ini, dan penganalisis mengunjurkan ia akan berkurangan ke 4.2 peratus bagi keseluruhan tahun ini - paling rendah sejak 2009.



Ringgit merosot 3.3 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu, mengatasi kemerosotan 2.1 peratus yuan China dan 0.8 peratus rupee India.



Ringgit ditutup pada kadar tukaran 4.0630 bagi setiap dolar Amerika Syarikat pada Rabu, selepas sekuat 3.142 pada Ogos 2014, apabila harga minyak melebihi AS$100 setong.



Berbanding dolar Singapura, ringgit ditutup pada kadar 3.0278 setiap dolar Singapura pada Rabu, berbanding kadar paling tinggi 2.8510 tahun ini pada 15 Apri.



Ringgit akan jatuh ke kadar 4.10 bagi setiap dolar Amerika menjelang akhir September dan 4.15 menjelang akhir tahun ini, menurut anggaran median penganalisis yang ditinjau oleh Bloomberg.



Rabobank memberi unjuran lebih buruk, meramalkan kadar 4.15 menjelang 30 Sep dan 4.30 pada akhir Disember.



UBS meramalkan ia jatuh hingga ke kadar 4.40 setiap dolar Amerika menjelang akhir Disember. - Bloomberg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >