Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ringgit jatuh lagi lepas 1MDB sahkan gagal bayar faedah bon

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ringgit jatuh lagi lepas 1MDB sahkan gagal bayar faedah bon

Apr 26, 2016 | 12:06 PM



KUALA LUMPUR: Ringgit jatuh bagi hari keempat berturut-turut selepas syarikat pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), mengesahkan ia gagal membayar bayaran faedah ke atas bon yang sebahagiannya dijamin oleh firma dana kekayaan negara Abu Dhabi.



1MDB menahan pembayaran faedah AS$50 juta bagi bon AS$1.75 bilion itu di tengah-tengah pertikaiannya dengan International Petroleum Investment Co (Ipic), penjamin bersama bon yang matang pada 2022 itu, menurut satu kenyataan e-mel pada Selasa (26 April ).



Tarikh akhir pembayaran faedah itu ialah Isnin.



Ia perkembangan negatif bagi ringgit, kata Encik Nizam Idris, ketua strategi bagi pendapatan tetap dan mata wang di Macquarie Bank Ltd.



Ringgit susut 0.6 peratus kepada 3.9320 bagi sedolar Amerika pada 9.45 pagi di Kuala Lumpur, mengikut harga daripada bank tempatan yang dikumpul oleh Bloomberg.



Itu kerugian terbesar ringgit sejak 24 Mac dan membawa kemerosotannya bulan ini kepada 0.9 peratus.



Berbanding dolar Singapura, ringgit jatuh 0.6 peratus kepada 2.9058 bagi setiap Singdollar pada 10.40 pagi, daripada kadar penutup 2.8885 pada Isnin. - Bloomberg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >