Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Ringgit jatuh terus gara-gara Brexit

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ringgit jatuh terus gara-gara Brexit

Jun 27, 2016 | 12:01 PM



KUALA LUMPUR: Ringgit Malaysia jatuh pada pagi Isnin (27 Jun) ke paras terendah dalam tempoh tiga minggu sedang keputusan Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) menambah kebimbangan mengenai ekonomi global, menyebabkan harga minyak mentah turun dan merangsang permintaan bagi aset selamat.



Ringgit merosot 1.8 peratus ke kadar 4.1663 bagi setiap dolar Amerika, paling rendah sejak 2 Jun, dan didagangkan pada 4.1215 pada 8.43 pagi di Kuala Lumpur, menurut harga daripada bank tempatan yang dikumpul oleh Bloomberg.



Mata wang itu telah jatuh 5.4 peratus pada suku tahun ini.



Ringgit juga lebih lemah berbanding dolar Singapura. Ia diniagakan pada kadar 3.0352 bagi satu Singdollar pada 9.38 pagi, turun 0.54 peratus daripada kadar penutup Jumaat lalu.



Dagangan mata wang ringgit akan dipacu oleh "aliran keluar wang daripada pasaran baru muncul akibat keyakinan lebih kukuh pelabur untuk berubah ke mod tiada risiko," kata Encik Angus Salim Amran, ketua pasaran kewangan di RHB Investment Bank Bhd.



"Tekanan ke bawah terhadap harga komoditi dan minyak - keupayaan harga minyak mencapai harga rintangan AS$50 kini sangat jauh - akan membawa kepada kelemahan berterusan dalam mata wang pasaran baru muncul Asia."



Harga minyak mentah Brent jatuh 1.1 peratus kepada AS$47.90 setong, menambah kepada kejatuhan 4.9 peratus Jumaat lalu, yang merupakan kejatuhan paling besar dalam tempoh empat bulan. - Bloomberg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >