Ringgit Malaysia catat kenaikan tertinggi
NILAI ringgit Malaysia mencatat kenaikan tertinggi sejak September 2013 semalam setelah peningkatan harga minyak meredakan keprihatinan negara itu tentang keadaan kewangannya.
Ringgit Malaysia meningkat hingga 2.1 peratus kepada RM3.5555 ($1.32) berbanding sedolar Amerika selepas pasaran di Malaysia dibuka semula setelah ditutup Isnin dan Selasa lalu kerana cuti umum.