Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Ekonomi & Kerja0

Ringgit naik paling tinggi dalam lebih 9 minggu pada pagi Isnin

Jun 06, 2016 | 11:55 AM

RINGGIT Malaysia naik paling tinggi dalam tempoh lebih sembilan minggu pada pagi Isnin (6 Jun) selepas perangkaan paling lemah berkaitan pekerjaan di Amerika Syarikat dalam tempoh enam tahun menyebabkan pelabur mengurangkan ramalan tentang kenaikan kadar faedah oleh Rizab Federal Amerika (FED).

Mata wang itu bangkit 1 peratus kepada 4.1025 bagi sedolar Amerika pada 10.05 pagi di Kuala Lumpur, selepas perangkaan di Amerika Jumaat lalu menunjukkan majikan mencipta 38,000 pekerjaan pada Mei, paling sedikit sejak September 2010.

Itu membantu mengurangkan kebimbangan bahawa kenaikan kadar faedah oleh Fed akan memburukkan lagi aliran keluar aset daripada pasaran baru muncul.

Mata wang Amerika dikesan jatuh paling besar dalam tempoh empat bulan pada Jumaat itu.

Ringgit naik paling banyak sejak 30 Mac pada Isnin kerana angka pekerjaan Amerika mencetus spekulasi ekonomi terbesar di dunia itu tidak cukup kuat untuk menahan kadar faedah lebih tinggi buat masa ini.

Berita Popular

Pemulihan harga minyak mentah juga dijangka memberi sokongan kepada ringgit, dengan harga Brent meningkat dan berlegar sekitar AS$50 setong, sedang terdapat tanda lebihan bekalan di Amerika sedang berkurangan. - Bloomberg

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map