Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ringgit tumbang berbanding S$

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ringgit tumbang berbanding S$

Nov 17, 2016 | 10:49 AM



RINGGIT jatuh ke kadar paling rendah sejak September 2015 berbanding dolar Singapura pada pagi Khamis (17 Nov).



Ia mencecah 3.0961 bagi satu Singdollar pada 10.15 pagi, turun 0.9 peratus daripada kadar penutup 3.0682 pada Rabu.



Mata wang Malaysia itu sedang menuju tempoh kejatuhan paling lama dalam masa satu tahun, sekalipun Bank Negara mengambil langkah untuk mengehadkan kegiatan spekulasi dalam pasaran mata wang.



"Saya hanya melihat ini sebagai kekuatan keseluruhan dolar (AS)," kata Encik Wu Mingze, seorang peniaga pertukaran asing di Singapura di INTL FCStone Inc, kepada Bloomberg.



"Malangnya spekulator akan menganggap kenyataan Bank Negara sebagai tanda kelemahan jika mereka tidak benar-benar melakukan sesuatu."



Berbanding dolar AS, ringgit diniagakan pada kadar 4.3695 pada 10.17 pagi, naik 0.5 peratus daripada kadar penutup 4.3913 pada Rabu.



Dagangan tidak menentu, dengan ringgit mencecah paras rendah 4.4105 sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >