NILAI ringgit Malaysia (RM) akan terus lemah tahun ini, menurut pengamat, tetapi mereka berbeza pandangan apakah ia akan jatuh ke paras RM3 bagi sedolar Singapura tahun ini.
Ada pengamat meramalkan RM akan kembali mantap tahun ini dan jatuh ke paras itu hanya pada jangka panjang, sementara yang lain tidak menolak kemungkinan itu berlaku seawal tahun depan.