SINGAPURA akan terus mempunyai peranan besar sebagai sebuah hab dagangan walaupun negara ini telah didahului Shanghai sebagai pelabuhan nombor satu dunia, kata pengerusi baru Yayasan Kelautan Singapura (SMF), Encik Andreas Sohmen-Pao.
Shanghai mengambil alih tempat Singapura dari segi pengeluaran kontena pada 2010. Sedang satu laporan memberi amaran bahawa Singapura tidak mungkin dapat merebut semula kedudukan nombor satunya pada masa terdekat, Encik Sohmen-Pao menegaskan tumpuan tidak seharusnya kepada usaha mendapatkan semula kedudukan itu.