Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

S$, ringgit jatuh dek kemungkinan AS naikkan kadar faedah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S$, ringgit jatuh dek kemungkinan AS naikkan kadar faedah

Nov 18, 2016 | 11:00 AM



TOKYO: Dolar Amerika naik ke kadar paling tinggi dalam 131/2 tahun berbanding sekumpulan mata wang utama lain selepas Pengerusi Rizab Federal, Dr Janet Yellen, memberi isyarat kenaikan kadar faedah boleh berlaku.



Mata wang Singapura susut 0.7 peratus ke kadar AS$0.7016 berbanding dolar AS pada 9.30 pagi Jumaat (18 Nov), meneruskan kejatuhannya berbanding dolar AS sejak pilihan raya presiden Amerika pada 8 Nov kepada 2.5 peratus.



Ringgit susut 0.5 peratus kepada AS$0.2272 berbanding dolar AS, menjadikannya ia jatuh 4.8 peratus sejak pilihan raya.



Yen turun naik sekitar 110.11 setiap dolar AS selepas jatuh 1 peratus pada Khamis.



Mata wang won Korea Selatan susut sekurang-kurangnya 0.3 peratus bersama baht Thai. Euro merosot ke kadar AS$1.0620, paras paling rendah dalam hampir setahun.



Dalam kenyataan awam pertamanya sejak pilihan raya Amerika, Dr Yellen memberitahu penggubal undang-undang Fed kian hampir menaikkan kos pinjaman sedang ekonomi negara itu terus mendapat kuasa tarikan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >