Saham Asia, harga minyak jatuh akibat kebimbangan Covid-19, Berita Ekonomi & Kerja - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Ekonomi & Kerja0

Saham Asia, harga minyak jatuh akibat kebimbangan Covid-19

Jun 12, 2020 | 03:00 PM

TOKYO / NEW YORK: Saham Asia jatuh mendadak hari ini setelah Wall Street dan harga minyak merudum kerana kebimbangan yang semakin meningkat disebabkan jangkaan gelombang kedua jangkitan koronavirus.

Ini dikatakan akan menghentikan langkah pemulihan ekonomi yang baru dibuka semula sesetengah negara.

Indeks MSCI saham Asia Pasifik yang meluas di luar Jepun merosot 1.3 peratus. Saham Australia turun 1.74 peratus, sementara saham di China turun 0.67 peratus.

Niaga hadapan minyak merosot untuk sesi perdagangan kedua berturut-turut kerana kebimbangan mengenai permintaan tenaga global yang lemah, yang membebani mata wang pengeluar minyak dan negara yang bergantung pada eksport komoditi.

Mata wang China, Yuan, menuju penurunan harian terbesar dalam dua minggu, menggambarkan sikap pelabur yang ingin menghindari risiko pelaburan di Asia.

Discover Malay Home Based Businesses

Ketiga-tiga indeks saham utama Amerika Syarikat jatuh lebih 5 peratus semalam, mencatat hari terburuk mereka sejak pertengahan Mac, ketika pasaran menjunam disebabkan sekatan ekonomi mendadak demi membendung pandemik.

"Tiba-tiba koronavirus, yang menjadi berita sampingan selama beberapa hari sekarang, menjadi lebih penting ketika virus itu mulai merebak di beberapa negara, dan pasaran mulai berfikir mungkin ada penundaan untuk dibuka kembali," kata Tim Ghriskey , ketua strategi pelaburan di Inverness Counsel di New York.

Niaga hadapan saham Amerika S&P 500 e-minis, meningkat 1.1 peratus di Asia pada hari Jumaat, tetapi sedikit sebanyak membantu sentimen.

Indeks saham Nikkei Jepun merosot 1.22 peratus, dan saham di Korea Selatan turun 2.24 peratus kerana beberapa pelabur mencatatkan keuntungan dari kenaikan baru-baru ini dalam ekuiti global. - Reuters

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map