SAHAM SMRT Corp melonjak pagi semalam apabila ia didagangkan semula setelah Temasek Holding membuat tawaran membeli pengendali pengangkutan awam itu untuk $1.68 bagi setiap saham.
Pada 9.15 pagi semalam, saham SMRT didagangkan pada $1.655 - kenaikan 11 sen atau 7.12 peratus berbanding $1.545 harga akhir pada Jumaat lalu.