MELIHAT potensi tinggi bagi perniagaan pakaian senaman Muslimahnya telah mendorong personaliti Cik Haslinda Ali menyemak strategi perniagaannya agar ia dapat dikembangkan dan diluaskan di peringkat antarabangsa.
Untuk menyejagatkan perniagaan pakaian di bawah syarikat FitFab By Haslinda Ali, beliau sedar kepakaran luar diperlukan bagi menguruskan ribuan tempahan serta aspek logistik perniagaan itu berbanding melakukannya sendirian.