Segmen produk halal dalam pameran Food & Hotel Asia 2016
Mar 17, 2016 | 05:30 AM
BUAT pertama kali, satu segmen mempamerkan produk halal serantau akan diperkenal dalam acara pameran dagangan terbesar Asia, Food & Hotel Asia 2016 (FHA).
Ini ekoran permintaan produk halal yang semakin meningkat daripada syarikat yang berkunjung ke pameran dagangan tersebut sejak beberapa tahun lalu.